Thursday, December 27, 2012

Sepi, tenang

Bismillah, Assalamualaikum.

Malam ini ku terasa sepi. Walaupun dari kejauhan terdengar sang cengkerik menyanyikan lagu kegemaran mereka. Adik-adik sepupu berlagu riang memecah kesunyian seperti kebiasaan. Tapi ku masih terasa kesunyian itu.

Mungkin kah disebabkan aku dalam kerinduan terhadap keluarga ku nun jauh di kampung halaman? Atau kepenatan setelah sehari suntuk memerah keringat mencari rezeki yang direhaiNya?

Apa yang ku pasti, kesunyian ini membuatkan hati ini lebih tenang, mencari keredhaanNya.Mencari apa yang selama ini tersembunyi.

Ya Rabb, ku mohon kepadaMu lindungilah aku dari segala kejahatan dan perkara yang Engkau murkai. Ku pohon kepadaMu hidayah dan taufiq kearah jalanMu dan jangan lah Engkau ambil kembali setelah Engkau berikan kepadaku.



Adakalanya, diam itu lebih baik dan bermakna dari berkata-kata.
Muhasabah diri.
Selamat malam.
-suaida-

Monday, October 8, 2012

GADIS ITU (Episod 1)

Gadis itu, jiwanya cukup lembut. Hatinya mudah tersentuh, Air matanya mudah tertitis tanpa dipinta. Dia diciptakan untuk menjadi seorang yang tabah dan sabar. Sejak kecil dia diuji dengan kesusahan hidup. Namun, dia masih diberi peluang untuk bersekolah seperti kanak-kanak sebaya dengannya. Sehingga dia berjaya membuktikan kepada orang lain bahwa dia seorang yang bijak.

Berkat dorongan dan kasih dari ibunya, dia berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama sewaktu memasuki Tingkatan 1. Berat hatinya ingin meninggalkan ibu, adik-adik dan kampung yang banyak memberinya erti kehidupan. Menangis-nangis dia memujuk ibunya untuk tidak menghantarnya ke sekolah itu. Namun, pabila dia terlihat wajah ibunya berubah, dia terus bersetuju tanpa dipinta. Dia tidak ingin menjadi anak derhaka. Dia tekad untuk bersekolah di situ walaupun terpaksa. Tujuannya cuma satu, ingin lihat ibunya bahagia, gembira, tersenyum manis.

5 tahun di sana, gadis itu berjaya membuktikan pada ibunya bahwa dia tidak mengecewakan hati ibu tersayang. Walaupun ibunya tidak pernah datang melawat dia di asrama, dia tetap bertanya khabar ibunya dan tidak pernah kecil hati kerna dia tahu ibunya jauh, mahu membesarkan adik-adiknya yang lain.

Akhirnya, dengan keputusan SPM yang memberangsangkan, Alhamdulillah dia berjaya ditawarkan di Universiti Awam. Dia tekad untuk terus berbakti pada ibunya. Bulan demi bulan, sehingga lah peperiksaan akhir, dia masih tekun belajar. Dia tidak pernah lupa akan ibunya di kampung. Dan akhirnya, dia mendapat anugerah Dekan berturut-turut sepanjang dia belajar di universiti itu. Dia tersenyum. Hatinya bangga, gembira dapat membahagiakan ibunya dengan kejayaannya..

***
-bersambung-


Teringat mak kat rumah. Mak, kakak sayang mak sangat-sangat. 
Maafkan segala dosa-dosa kakak pada mak ye? :')
Suaida

Sunday, July 22, 2012

Keseronokan Berbuka Puasa

Assalamualaukum w.b.t.

Jam ketika ini telah menunjukkan hampir pukul 6 petang, menandakan hanya satu jam lebih saja lagi untuk berbuka puasa. Hari ni dah masuk hari yang kedua umat Islam menunaikan kewajipan berpuasa. Selalunya anak-anak mahupun ibu dan ayahnya akan keluar ke bazar mencari juadah untuk berbuka. Jika si ibu telah masak di rumah, si ayah akan membeli kuih-muih sebagai pencuci mulut untuk berbuka.

Bercakap tentang bazar, terkenang saat diri masih diperantauan melanjutkan pelajaran di Jengka, Pahang. Ketika itu umur ku telah mencecah lewat belasan tahun. Aku dan rakan-rakan akan menaiki van kuning, yang juga merupakan pengangkutan utama pelajar-pelajar di situ, selain bas UiTM. Sesampainya di bazar, kami akan rambang mata memilih makanan untuk berbuka. Habis satu bazar kami jelajah, tetapi tangan masih kosong. Akhirnya, seperti kebiasaan, hanya Yong Tau Fu kegemaran menjadi pilihan aku. :)

Tiba waktu maghrib, kami memilih bilik siapa yang akan menjadi mangsa sepahan juadah berbuka kami. Selalunya bilik aku dan Tasha yang menjadi tumpuan. Kata mereka, "bilik korang bersih, cantik. Tak macam bilik kami, bersepah, hehee.." Maka riuh rendahlah bilik aku dengan kehadiran rakan-rakan yang menceriakan.

Pabila makan beramai-ramai, teringat aku ketika stay di hostel kesayangan. :) Setiap petang sekitar jam 5, pelajar-pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 akan bertadarus mengikut kumpulan. Manakala pelajar-pelajar Tingkatan 2 dan 1 yang baru pulang dari sekolah, akan membersihkan, menyiapkan diri sambil menunggu waktu berbuka. Ada juga sekumpulan pelajar yang akan menolong Mak Cik Dining menyiapkan hidangan berbuka. Selalunya pelajar junior lah. TERIMA KASIH adik-adik :) Sebagai senior ketika itu, masuk sahaja dewan makan, makanan dah terhidang atas meja yang dikhaskan untuk kami, pelajar-pelajar Tingkatan 5. Untung kan jadi senior? :) Kesian tengok adik-adik yang baru pulang dari sekolah, terpaksa beratur untuk mengambil makanan. Lagi kesian, kadang-kadang mereka terpaksa berbuka di luar dewan makan. Mujur makanan masih mencukupi untuk mereka. Maafkan akak-akak ye dik. :)

Tarawih ketika itu tak pernah tinggal. Kesorokan untuk melakukan ibadah tak pernah luntur dek ramai yang melaksanakannya. :) Maklumlah, hanya rakan-rakan menjadi teman ketika itu, tanpa keluarga di sisi. Pabila Hari Raya hampir tiba, masing-masing tidak sabar untuk pulang ke rumah menemui keluarga yang di rindui. Hingga ada yang sanggup mengemas beg pakaian seminggu awal kerana excited!

Semua itu kenangan terindah yang tak buleh di lupakan sampai bila-bila. :)
Terima kasih kepada mak, mak cik dan nenek yang berusaha memujuk aku untuk menetap di asrama sejak Tingkatan 1..

Buat adik-adik yang duduk di hostel, jauh dari keluarga, jangan bersedih. Adik-adik akan merasai kegembiraan dan keseronokan berbuka puasa bersama rakan-rakan, walaupun kegembiraan itu tak mungkin sama. :)

Semoga ibadah puasa hari ini, dan hari-hari seterusnya akan diterima Allah. InsyaAllah. :)


Wallahu'alam.

Terkenang.. seawal jam 4.30 pagi, mak cik gigi emas akan 
ketuk tingkap bangunkan kami untuk bersahur.
Suaida

Saturday, July 21, 2012

Bermulanya Sebuah Perjuangan..

Assalamualaikum w.b.t

Buat sahabat yang masih sudi meluangkan masa di sini, MAAF dipinta kerna tak berkesempatan meng"update" blog yang tak seberapa ni. :) di harap anda masih sudi membacanya..



Alhamdulillah, hari ni telah masuk 1 Ramadhan 1433H. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan! Sahur pagi tadi pun berjalan lancar semuanya, bersama family pak cik. Oh, Aku rindu mak, bapak, adik2 di kampung! :( Ya Allah, Kau sampaikan lah salam rindu ku pada mereka. Moga mereka berada dibawah lindunganMu. Ameen..


Ramadhan bulan yang mulia. Bulan yang penuh barakah. Bulan beribadah.. Berpuasa di siang hari, beribadah pada malamnya.. Aku berharap agar Ramadhan kali ini memberikan aku peluang untuk memperbaiki diri, meningkatkan taqwa kepadaNya. InsyaAllah. Moga puasa dan ibadah ku dapat menundukkan nafsu, meletihkan badan hingga tiada ruang untuk melakukan maksiat, moga diterima oleh-Nya. InsyaAllah..


Maka, dikesempatan ini, aku memohon kepada yang mengenali diri ku, ampunkanlah segala kesilapan dan kesalahan ku terhadap kalian, sama ada secara sengaja atau tidak. Moga ukhuwah yang dibina membawa kita ke jannah-Nya. :)


Ayuh, semarak kan Ramadhan! Perjuangan telah bermula.. :)




Wallahu'alam.



Masih perlu bimbingan dan didikan untuk mendekati-Nya..
Suaida

Wednesday, April 25, 2012

sebuah penantian


salam.


Sekalipun kita masih sendiri, kita sebenarnya tidak bersendirian.

Dalam setiap denyut nadi, hembusan nafas, langkah kaki dan kelipan mata, Dia ada. Dia melihat, mendengar dan memahami.

Nantilah hadirnya teman yang dijanjikan itu dalam sujudmu yang khusyuk, dalam derai tangismu merindui Allah, dalam langkah dakwahmu yang tidak pernah terhenti, dalam sabarmu yang diperkuatkan saban hari.


ingatan untuk diri sendiri dan sahabat di luar sana

wallahu'alam
selamat malam


artikel asal: penantian

Wednesday, April 11, 2012

.wanita cantik.

salam.

wanita yang cantik adalah wanita yang:-


  1. melukis kekuatan melalui masalah
  2. tersenyum saat tertekan
  3. tertawa saat hati sedang menangis
  4. tabah di saat terhina
  5. mempersona kerna memaafkan
  6. mengasihi tanpa balasan
  7. bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi

moga aku tergolong dalam kategori wanita cantik..insyaAllah


wallahu'alam
selamat menjamu selera dan menunaikan ibadah zohor :)

Sunday, April 8, 2012

Tutup aurat supaya selamat

salam.

Menutup aurat ada niatnya, ada konsepnya dan ada falsafahnya yang khusus. ia dibuat atas dasar iman, cara pelaksanaannya pula mengikut syariat dan tujuannya untuk menegakkan akhlak.

Buat muslimah di sana,
Menutup aurat bukan lah sekadar menutup rambut di kepala semata-mata. sekurang-kurangnya ada 4 yang mesti ditutup dengan 'tudung':-

1. tudung pada wajah
    jangan dibuat wajahnya mengundang fitnah, berhias dengan tujuan tabarujj. kecantikkannya khusus buat suami, bukan pameran lelaki ajnabi.

2. tudung pada mata
    matanya tidak memandang lelaki lain selain mahramnya. wanita solehah tidak memandang dan tidak dipandang.

3. tudung pada suara
    jangan dilunak-lunakkan suaranya dengan tujuan memikat dan mempersona.

4. tudung pada hati
    hatinya terpaut untuk sentiasa mengingati Allah. insyaAllah, Allah akan memeliharanya daripada kejahatan yang muncul dari dalam dirinya sendiri atau orang lain.

Aurat di hati patut ditutup sama seperti menutup aurat pada tubuh badan. malah, aurat di hati jauh lebih penting untuk dijaga daripada aurat di badan. maksudnya, hati jangan liar, hendaklah dijaga selalu. kalau hati masih liar walaupun sudah bertudung, maka tingkah laku akan menjadi liar juga. maka ketika itu, tudung tidak mampu untuk menjaga maruah dan akhlak diri.

tudung mampu menjadi perisai pada akhlak dan tingkah laku, jika soal hati, elemen dalaman seperti iman, keyakinan dan seumpamanya mampu disempurnakan.


peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat di sana.
moga Allah permudahkan aku untuk istiqamah menuju jalanNya.

wallahu'alam


Saturday, April 7, 2012

. moga Allah sampaikan salam rindu ku.

salam.

dalam kejauhan, aku merindui wajah-wajah yang ku sayangi.
oh, aku teramat rindu pada mereka.

moga kalian baik-baik saja.

ibu,
su rindu ibu sangat-sangat. su rindu nak peluk ibu. nak makan masakan ibu.. rindu sangat kt ibu, kat adik-adik.

ayah,
walaupun su jarang bercakap dengan ayah, tapi ketahuilah. su amat rindu pada ayah. su rindu kasih sayang ayah. ayah tahu tak? su rindu sangat-sangat kat ayah :(

ya Allah, sampaikan lah salam rindu ku pada mereka. mereka yang ku sayangi kerana Mu.


wallahu'alam.
luahan hati seorang anak yang nakal

kerana ALLAH

salam.

mungkin keputusan yang ku ambil ini, bagi sesetengah orang ia tak berbaloi, sangat rugi, atau seumpamanya. Tapi bagi aku ia adalah keputusan yang tepat. insyaAllah. setelah berbincang dengan ibu, sahabat-sahabat rakan, jalan ini yang ku pilih.

nasihat seorang teman,
su kena tegas dengan pendirian su,
dan YAKIN dengan rezeki Allah.

ya, insyaAllah.

aku percaya semua ini ada hikmahnya.
aku tinggalkan ia kerna aku mengejar keredhaanMu.

moga Allah ampuni dosa-dosa ku, ibu bapa ku, dan mereka yang ku sayangi.. amin

wallahu'alam

Saturday, March 24, 2012

. api dan ais .

salam


Dalam PERSAHABATAN antara lelaki dan perempuan, diumpamakan seperti api dan ais..jika ada BATAS JARAK, kedua-dua elemen ini TIDAK AKAN MEROSAKKAN satu sama lain..TETAPI bagaimana pula jika DI DEKATKAN keduanya? Sama ada api mencairkan ais, atau ais yang memadamkan api..✿~ 


Firman Allah: 
"Dan JANGANLAH kamu MENGHAMPIRI ZINA..."
(Al-Isra`: 32) 





peringatan untuk diri sendiri dan sahabat sekalian
wallahualam



Friday, March 23, 2012

. senyum lah .



‎"...Tersenyumlah,walaupun hatimu sedikit terluka ataupun terlalu sedih..kerana senyumanmu itu walaupun bukan untuk sesiapa, tetapi nilainya cukup untuk membuatkan hatimu sedikit lega walau terpaksa..." 



Sunday, February 26, 2012

.cinta.

salam.

Cintamu bertepuk sebelah tangan?
Berdoalah:

"Ya Allah, tutupkan perasaan aku terhadap dia yang tidak menghargai dengan sedaya usahaku sekalipun. Dan titipkan dan bukakanlah perasaan aku terhadap sidia yang tidak pernah jemu menunggu walaupun sedaya usaha aku menolaknya."


amalkanlah. moga bertemu cinta yang diharapkan, dan dengan cinta itu akan membawa kepada cinta Allah yg hakiki.

wallahu'alam


petikan: pakar cinta

Saturday, February 25, 2012

.thankful.

salam.


Be thankful to the bad things in life.
For they open your eyes
to the good things
you weren't paying attention to before.



wallahu'alam.

.DILUKAI.

Salam.


Kita pernah DILUKAI
dan mungkin pernah MELUKAI
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara
menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.


wallahu'alam

Artikel: akuislam.com

Monday, February 20, 2012

.mengorak langkah.

salam.

berat hati ku untuk memulakan langkah ini.
tapi, ku tahu
mungkin ini jalan yang terbaik
untuk diri ku dan...

ya Allah ya tuhan ku
Kau kuatkanlah aku
untuk menempuhi segala yang bakal terjadi
dengan keredhaan..

ku mohon kepada Mu ya Allah,
berikan lah yang terbaik untuk aku dan dia.

moga ini akan membuatkan kami lebih mencintaiMu.


wallah'alam.
selamat malam

Tuesday, February 7, 2012

.hargailah dia .

salam.


Kadangkala kita tidak pandai MENGHARGAI kehadiran seseorang dalam 
hidup kita, kita MENOLAKNYA dan mensia-siakan kehadirannya di sisi kita..


Dan apabila dia sudah KECEWA dengan kita, dia pergi menjauh dari kehidupan kita. Apabila tiba satu masa kita mula menginginkannya, barulah kita SEDAR dan mula MENCARINYA semula, namun saat itu sudah TIDAK BERMAKNA lagi kerana dia telah jauh membawa diri..

Manusia akan MENGHARGAI sesuatu apabila dia telah KEHILANGAN sesuatu..


*Allah telah menjanjikan jodoh hati bagi setiap hamba-Nya.. ^^,




wallahu'alam

Monday, February 6, 2012

. ALLAH love you .

salam.

setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi. kan?
so, bersabar lah dengan ujian yang Allah berikan.
Allah takkan berikan sesuatu ujian atau dugaan melainkan dengan keupayaan hambaNya.

dan,
jika Allah berikan ujian itu
bermakna ALLAH sayangkan kita
Allah mahu mengukuhkan keimanan kita.
Beruntung kan?

so, jangan lah mengeluh dengan masalah yang menimpa.


wallahu'alam

*muhasabah diri*

Sunday, February 5, 2012

cinta sebelum kahwin

Salam.


Cinta sebelum kahwin yg terbaik;


Cinta yang apabila kita cinta seseorang itu samada diluah atau dalam diam, menyebabkan cinta kita kepada Allah makin bertambah. Makin rajin kita bangun tahajjud malam. Makin rajin kita baiki diri. Makin rajin kita istikharah. Makin sayang kita pada Allah. Makin kita dekat pada Allah. Makin kita rasa bersyukur pada Allah. Ingat dia, ingat Dia. Tapi lebih ingat Dia dari dia.

Bila kita kata "cinta ini kerana Allah", maka mmg patut cinta kepada Allah kita tambahkan lagi. Tapi, jika "cinta kerana tidak ada sebab selain aku dah jatuh cinta padamu", yg sebenarnya kita dah tenggelam dgn nafsu dan kemahuan hati semata-mata. Sebab kita mulai hanya nampak dia, dan kita akhirnya lupakan Dia.



wallahu'alam




artikel : cinta aiskrim roti

Saturday, February 4, 2012

. ADAM .

Salam.

Dalam kesibukan, aku meredah hujan melintasi jalan menuju kereta hitam kepunyaan auntie.

Banyak kerja hari ni?


soalan pertama yang keluar dari mulut auntie.
aku tersenyum.

Banyak lah jugak. penat sikit. :)

sejuk. senyap. aku hanyut dibuai perasaan.
kereta hitam auntie terus bergerak menuju destinasi.

dan di satu lorong,
seorang budak lelaki comel, berbadan kecil. petah berbicara
ku kira mungkin umurnya baru mencecah 7 tahun
turun dari kereta
dijemput si ibu yang bertongkat
sambil memegang payung untuk si anak.

kata auntie,

mak dia sakit. nak operation nanti.

auntie bercerita lagi,

adam ada cakap, "kenapa mak adam je yang sakit?
kenapa mak orang lain tak?"


ah, budak sekecil itu, apakah jawapan yang terbaik untuk dia mengerti?
auntie ku lihat hampir menitiskan air mata bercerita tentang budak itu.
sayu.

ADAM,
ku lihat dia seorang yang tabah.
walaupun dia belum mengerti sepenuhnya tentang kehidupan.

semoga Allah berikan kebahagiaan buat Adam disamping orang yang disayangi.


wallahu'alam

Tuesday, January 31, 2012

.bertemu dan berpisah kerana ALLAH.


salam.

Pertemuan antara kita, 
Tidak pernah dirancang, 
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil, 
Yang mengetahui suara hati antara kita, 
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan, 
Bergelar teman... 

Walaupun bukan aku yang diharapkan, 
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu, 
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti, 
Namun, Tiada walau secalit kekecewaan, 
Apatah lagi kekesalan di hati ini, 
Malah, Aku amat menghargai pertemuan ini, 
Kerana dengannya, 
Terjalinlah sebuah persahabatan... 

Perpisahan... 
ternyata amat menyakitkan, 
Sering kali mengundang air mata, 
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama, 
Bagaikan disentap pergi serta-merta, 

Walaupun begitu, Ingatlah, sahabatku........, 
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah, 
Oleh itu, Terimalah dengan penuh keredhaan... 

Sekiranya ingatanmu singgah padaku, 
Kirimlah sepotong doa tika itu, 
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini, 
Jika tidak di dunia fana ini, 
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi... 
Insya-Allah !


wallahu'alam