Wednesday, November 24, 2010

itukah aku..??

hampir 2 minggu berlalu namun cuti kali ni tak memberi apa2 aktiviti pada ku. cuma di kala aku kesunyian, kesorangan, aku terkenang kisah lalu.. tentang diri ku yg dulu dan diri ku masa kini.. berbeza kah? ya. tetap ada perbezaannya walaupun aku sendiri tidak menyedarinya.

terlalu bnyak dosa dan kesilapan yg telah aku lakukan selama ini.. jika ku katakan aku ingin berubah, apakah terdaya diri ini? hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

insyaAllah, jika diizinkan ku ingin menjadi seorang hambaNya yg taat. ku ingin menjadi anak yg solehah kpd kedua-dua ibu bapa ku..

moga, segala pahit manis kehidupan yg aku lalui selama ini akan mnjadi pedoman, dorongan dan pengalaman yg lebih mematangkan aku di hari akan datang.


kerana sesungguhnya setelah kesulitan itu ada kemudahan, kerana sesungguhnya setelah kesulitan itu ada kemudahan 
(al-insyirah ayat 5-6)

ku percaya setiap yg terjadi ada hikmah disebaliknya. walaupun kdang-kadang kita tidak sedar akannya. kerana Allah tidak akan menguji hambaNya jika dia tidak mampu..moga aku akan tetap tabah menghadapi segala dugaan dan ujian yg diberikan oleh Nya.


tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(At-Tagaabun:11)



*oh ya. aku mendapat sepupu baru yg comel 2 hari yang lepas. tapi belum di beri nama lagi..

0 kata mereka: