assalamualaikum..
aku tidak menyangka masih ada lagi insan yang mahu membaca blog ku yang tidak menarik ini. pada mulanya, niat dihati mahu delete sahaja blog nih. dan memang aku telah tunaikan hasrat ku ini. namun, atas permintaan seorang sahabat, aku kembali untuk berceloteh di blog ini. terima kasih sahabat !
mungkin untuk beberapa bulan ini aku tidak akan selalu update blog ni [macam lah selalu update kan. haha] hal ni disebabkan kesibukan aku sebagai seorang. lagi-lagi sekarang ini aku berada di tahun akhir pengajian ku. insyaAllah jika diizinka, akan ku ambil sedikit masa untuk blog ini.
hari ini sudah hari yang ke 26 umat Islam meyambut ramadhan. terasa begitu cepat masa berlalu, dan ramdhan yang datang ini akan meninggalkan kita. sungguh ku rasakan ku mulai rindu pada ramadhan ini. masih tidak cukup amalan-amalan ku untuk bekalan diakhirat nanti. terasa kerdil diri ini. ya Allah, ku bersyukur atas segala nikmat yang Kau berikan kepada ku. Kau ampunilah segala dosa-dosa ku dan mereka yang berada di sekeliling ku...
ramadhan yang datang pasti meninggalkan kita, dan syawal bakal menggantikan kedudukan ramadhan. mudah-mudahan aku tidak leka dengan nikmat yang dikurniakan pada ku di Syawal nanti. moga ku terus bersujud kepadaMu ya Allah walaupun setelah Ramdhan meninggalkan ku. moga aku terus hidup atas landasn Mu ya Allah... mungkin kah Ramadhan ini ramadhan yang terakhir buat ku. wallahu'alam. hanya Allah sahaja yang mengetahu segala rahsiaNya.
sempena syawal yang bakal menjelang tiba, ku mohon ampun dan maaf atas segala salah silap diri ini, andai tersalah kata, terkasar bahasa.. sesungguhnya, yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu dari diri ini..wallahu'alam..
wasalam..
0 kata mereka:
Post a Comment