Monday, May 2, 2011

impian menjadi wanita SOLEHAH

salam

Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. pasi ramai wanita di luar sana mahu menjadi wanita solehah termasuklah diri ku. satu perkara yang dijanjikan Allah ialah jika wanita itu menjadi solehah, pahala dan syurga pasti menjadi ganjarannya. WANITA SOLEHAH. mudah dibaca atau dilihat tapi hakikatnya, amatlah sukar untuk melaksanakannya kerana banyak dugaan dan cabaran yang menanti.

hanya dua syarat yang ditetapkan oleh Allah jika ingin menjadi wanita solehah.

1. Taat kepada Allah dan RasulNya.
menjadikan Allah dan RasulNya sebagai rujukan utama dalam setiap perkara,dan mencintai Allah dan Rasul melebihi segalanya. mentaati kedua ibu bapa dan sentiasa bersedekah walaupun dalam keadaan susah atau senang. yang pasti, mestilah menutup aurat dan tidak berhias seperti wanita zaman zahiliah dahulu. namun jika duniawi masih menguasai hati, nescaya tidak ramai yang menjadi wanita solehah.

2. Taat kepada suami
jika masih seorang gadis, ketahuilah apabila mendirikan rumah tangga kelak, kita mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah. perkara yang paling utama, hendaklah memelihara semua kewajipan terhadap suami agar hati suami sentiasa gembira. jika suami tiada di rumah, jagalah kehormatan diri dan harta suami.hormatilah suami dan tidak menolak sebaraang permintaannya tanpa alasan yang sangat kukuh.


walaupun hanya dua syarat, tapi masih sukar untuk melaksanakannya kerana setiap perkara yang dilakukan perlulah dengan hati yang luhur dan bersih tanpa sebarang hasutan daripada mana-mana pihak.

mengapa makin ramai yang kian alpa dan sukar menjadi wanita solehah?

  • lupa untuk mencintai Allah dan RasulNya
  • leka dengan kehidupan duniawi
  • syahwat mula bermaharaja dan mudah terpedaya
  • tidak kuat iman
  • riak dan takbur mula menguasai diri

marilah berusaha menjadi yang terbaik di hadapan Allah!


*ingatan untuk semua dan juga diri ini
[ masih menanti dan mencari 'dia' yang dijanjikan Allah untuk menjadi pelindung dan pembimbing diri ini ]


wasalam


0 kata mereka: