Sunday, December 5, 2010

mengapakah wanita menangis?

salam.


seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya,

"mengapa ibu menangis?"

"kerana aku seorang wanita," kata si ibu kepadanya.

"aku tidak mengerti," kata anak itu.

Ibunya hanya memeluk dan berkata, "dan engkau takkan pernah mengerti."

kemudian anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya, "mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"semua wanita menangis tanpa alasan," hanya itu yg dapat dikatakan oleh ayahnya.


mengapa wanita suka menangis?
tanpa alasan?

ya. aku mengakui jua. wanita suka menangis. aku juga kerap menangis. kadang-kadang tanpa sebab mengapa aku menangis dan ingin menangis.

mengapa? kerana,

  • ketika Allah menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yg istimewa. Allah membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun harus cukup lembut untuk memberikan ketenangan.

  • Allah memberikannya kekuatan dari dalam agar mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yg seringkali datang dari anak-anaknya.

  • Allah memberinya kekerasan agar tetap tegar ketika orang lain menyerah ketika mengasuh keluarganya dengan penderitaan tanpa mengeluh.

  • Allah memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan walaupun ketika hatinya disakiti anaknya.

  • Allah memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

  • Allah memberinya kebiksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yg baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suami tanpa ragu.

  • dan akhirnya, Allah memberinya airmata untuk dititiskan. ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya.

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yg dikenakannya, susuk yg ditampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya; tempat di mana cinta itu ada.

kepada kaum lelaki, janganlah disesali kaum wanita yg suka menangis. kerana itu adalah anugerah dari Allah! (^_^)v

wasalam.


sumber : iluvislam

2 kata mereka:

azura said...

saya pn selalu nangis..hehe mmg tanpa alasan..

Suaida said...

haha.. tau xpe.. sye pon slalu nangis.. wink3.. :)