Friday, August 27, 2010

senyumlah

SENYUMAN adalah sesuatu yg terindah bagi sesiapa saje yg mendapatnya
kerana senyuman merupakan ekspresi dari hati atas kesenangan atau kegembiraan yg dirasakan pemilik senyuman itu sendiri..

para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan senaman berbentuk jogging dalaman yg dapat meransang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem otak dan hormon. apabila kita memulakan hari dengan senyuman, ia bukan sahaja dapat menceriakan hari2 kita, namun memberi banyak kebaikan terhadap kesihatan.. apabila kita tersenyum, badan turut tersenyum dan menganggap kita gembira..

senyuman mampu menjadi penawar penyakit rohani yg kronik. ia tidak perlukan modal cuma sekelumit rasa ikhlas yg dapat memaniskan senyuman itu. Senyuman yg dilemparkan mampu menyerikan kehidupan insan lain. mungkin juga mampu menyejukkan hati yg sedang marah.. malahan ia mampu untuk memulakan sesebuah ikatan.. =)

"..ukirlah SENYUMAN yang PALING MANIS
kerana selain sedekah, senyuman itu ibarat lukisan hati..
senyuman itu tidak menyakitkan
tapi menjadi penawar hati yang sakit.."

jadi, jangan lupa untuk senyum..!! senyum sokmo.. =)

0 kata mereka: